Wednesday, 12 March 2014

Benar katamu Saidina Uthman

Assalamualaikum .

Kata-kata hikmah Saidina Uthman bin Affan R.A

1. Aku hairan melihat orang yg sudah tahu bahawa dia akan mati tetapi masih ketawa .

2. Aku hairan melihat orang yg sudah tahu bahawa dunia akan binasa tetapi masih mencintainya .

3. Aku hairan melihat orang yg sudah tahu bahawa setiap perkara berlaku menurut takdir tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu .

4. Aku hairan melihat orang yg sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan tetapi masih sibuk mengumpulkan harta .

5. Aku hairan melihat orang yg sudah kenal neraka tetapi masih melakukan dosa .

6. Aku hairan melihat orang yg sudah kenal Allah dengan yakin tetapi masih mengingati selainNya .

7. Aku hairan melihat orang yg sudah kenal syaitan sebagai musuhnya tetapi masih mematuhinya .


Cer korang hayati ayat no2 & no3 tu . Kita sekarang memang mencitai dunia seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya . Kita sanggup menggadaikan akhirat demi dunia , kan ? :/ Yang no3 tu pulak banyak yg terjadi kat orang melayu sekarang . Sanggup bunuh diri sebab putus cinta . Sanggup bersedih sepanjang hari sbb tak dapat result bagus . Bak kat Ustaz Azhar Idrus , kalau kita fail exam JPJ , balik rumah nanti makan mee , rasa mee ke rasa skru ? Still rasa mee kan ? Buat apa kita nak bersedih kalau kita gagal kat dunia ? Dunia bukan selama-lamanya untuk kita . Lagipun setiap perkara yg berlaku tu memang yg terbaik untuk kita even tu adalah suatu kegagalan . Okay aku bg 1 contoh , kita berdoa kepada Allah semoga kita dapat sesuatu kejayaan nie tp Allah tak makbulkan . Kita pun kecewa padahal Allah tak nak bg kejayaan tu sbb bila kita dapat kejayaan tu , kita akan riak , takbur dan melupakan Allah mungkin . Better kita gagal tetapi kita jadi seorang yg taat perintah Allah dan jd seorang yg sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah :)

Jangan bersedih , sesungguhnya Allah bersama kita :")

No comments:

Post a Comment