Assalamualaikum wbt .
'' Berdoalah kepadaKu , nescaya Aku akan kabulkan '' -surah Al Ghafir : 60
Kepada rakyat Malaysia yg beragama Islam , jangan berputus asa berdoa kepada Allah supaya Allah memudahkan urusan mencari pesawat MH370 . Kes nie sangat misteri , kita tak boleh berharap pada teknologi je . Ehh , sepatutnya hanya pada Allah kita berharap , teknologi nie cuma usaha je . Okay , aku taknak bercerita pasal MH370 nie sbb kalau nak bercerita pasal nie memang terjelir orang nak baca . Banyak sangat spekulasi tp aku yakin 90% yg kes nie sebenarnya konspirasi Amerika Syarikat . Percaya tak ? Tak percaya sudah tp aku ada bukti yg kukuh untuk cakap macam tu . Pape pun kita tunggu jelah solution yg telah disusun oleh Amerika secara sistematik nanti . Amerika takkan biarkan plan die kantoi dan die akan bagi solution supaya orang anggap Amerika Syarikat sebagai wira . Wait and see .
Sebenarnya hari nie aku nak ajak korang semua berfikir tentang apa yang kita dah buat sepanjang hidup kita . Adakah kita sudah melakukan yang terbaik untuk bekalan di akhirat kelak ? Adakah kita sudah membalas jasa Allah yg memberikan kita kehidupan ? Okay , sekarang jom fikir . Ketepikan dulu masalah-masalah yg kita lalui sekarang . Tak kisah lah siapa pun kita , yg pasti terlalu banyak nikmat yg Allah kurniakan kepada kita , betul tak ?
Pernah tak dalam sehari tu korang tak mampu bernafas ? Pernah tak dalam sehari tu korang langsung takde pakaian untuk dipakai ? Pernah tak dalam sehari tu korang langsung tak makan dan tak minum ? Pernah tak dalam sehari tu korang tak mampu melihat ? Pernah tak dalam sehari tu korang tak mampu bangun ? Pernah tak dalam sehari tu korang tak mampu mendengar ? Pernah tak dalam sehari tu korang tak mampu buang air besar/kecik ? Pernah tak dalam sehari tu korang takde tempat untuk berlindung dari panas dan hujan ? Pernah tak dalam sehari tu korang tak mampu untuk berfikir ? Aku boleh jamin yg korang tak pernah pun ada masalah macam tu , kan ? Tapi pernah tak dalam sehari kita tak buat dosa kepada Allah ? Rasanya tak pernah pun kan ? Hari-hari kita buat dosa . Kadang-kadang tu bangun tidur pun dah buat dosa . Dosa apa ? Dosa tak solat Subuh . Masih ramai lagi yg meninggalkan solat . Allah bagi kita kehidupan , 18 tahun , 19 tahun , 20 tahun , 30 tahun , 40 tahun , 50 tahun and so on . Punyer lah lama Allah bagi kita kehidupan dengan bermacam kenikmatan tapi Allah hanya suruh kita solat 5 waktu je sehari . Tak kesah lah kita dah dapat bermacam nikmat pun , atau kita dah hidup berpuluh-puluh tahun pun , solat tetap 5 waktu . Ade Allah suruh tambah waktu solat sesuai dengan umur kita ? 50 tahun hidup = 50 waktu sehari . Ade ???? Takde pun kan ? Dah tu bakpe payah sangat nak solat ?
Bangunlah wahai umat Islam dari lena yg panjang . Kita dah jauh lalai . Kita lalai dalam buaian yg dihenjut oleh syaitan Freemason dan konco-konconya tanpa kita sedari . Kita lalai daripada mengingati akhirat sbb kita sibuk mengejar dunia yg penuh dgn tipu daya nie . Kan ? Sedar tak yg kita sedang mengejar dunia melebihi akhirat ? Kadang-kadang tu kita sanggup menggadaikan akhirat demi dunia , Ya Allah :'( Seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya . Kita sanggup solat lewat demi nak tengok bola . Kita sanggup menipu demi kepentingan diri . Kita sanggup makan rasuah demi kekayaan hidup . Kita sanggup lawan hukum Allah demi pangkat , harta dan kesenangan . Kita sanggup tinggalkan sunnah Nabi supaya orang tak kata kita kuno . Kita sanggup jadi tali barut syaitan besar (USA) demi kepentingan negara . Agama kita letak kat bawah , kesenangan dunia kita letak atas . Nie ke balasan kita kepada Allah setelah Allah bagi kita kehidupan yg panjang ? Korang fikir lah dalam-dalam ape yg aku bagitahu nie .
Kita semua sama , manusia yg hina . Berasal dari air mani yg keluar dari saluran najis ayah dan ibu kita . Itulah kita , hina kan ? Kalau kita tengah makan , tetibe ade orang bawak air mani semangkuk then letak tepi pinggan kita . Apa kita rasa ? Mesti kita rasa jijik kan ? Heyy ! Itulah kita , tahu pon jijik . So Allah memang tahu yg kita nie insan yg lemah sbb Allah yg cipta kita , mestilah Dia tahu kelemahan kita . Ibarat orang yg mencipta kereta , mestilah die tahu apa kelemahan kereta ciptaan die tu , kan ? Even kita hina dan kita hidup dengan dosa yg bergelumang sejak kita baligh , kita tetap ada peluang untuk delete semua dosa kita . Kita tengok contoh Saidina Umar al Khattab . Beliau pada mulanya sangat bencikan Nabi Muhammad SAW sehinggakan beliau sanggup nak bunuh Nabi bahkan beliau pernah tanam anak perempuannya hidup-hidup . Tapi siapa sangka , beliau yg terkenal dengan kebencian kepada Nabi SAW akhirnya memeluk Islam dan Nabi SAW pernah bersabda bahawa sekiranya ada nabi selepasku , nescaya Umar lah orangnya . Subhanallah , hidayah Allah kepada hambaNya boleh mengubah hambaNya dalam sekelip mata . Masalahnya sekarang macam mane nak dapatkan hidayah Allah ?
First sekali kita mestilah bertaubat kepada Allah SWT . Allah tak kesah pun dengan dosa kita yg seluas langit dan bumi sbb pintu taubat Allah lebih luas daripada itu . Jangan malas untuk bertaubat sbb tu je jaminan kita yg hina nie untuk berubah menjadi seorang yg mulia di sisi Allah . Selepas kita bertaubat , kita kena istiqomah la . Tak perlu lah nak malu kepada orang lain . Mesti akan ada kawan-kawan kita yg support dan yg tak suka dgn perubahan kita . Pedulikan mereka , kata-kata manusia dusta je belaka . Yakinlah dengan ayat-ayat Allah . Allah suka sangat-sangat dengan hambaNya yg bertaubat bahkan Allah merindui rintihan kita kepadaNya sbb Allah Maha Pemurah , Maha Mengasihani , Maha Penyayang dan Maha Pengampun :"")
No comments:
Post a Comment