Friday, 14 February 2014

Cara pemakaian menurut Islam

Assalamualaikum w.b.t .

Happy Valentine Day ! Tengkorak hang .

Valentine Day nie hari memperingati kekasih , kan ? So hari nie jelah baru nak ingat kat kekasih ? Ke guane haaa ? Kalau aku , hari-hari aku ingat kat kekasih aku dan aku tak pernah lupa untuk mendoakan kebahagiaanya di dunia dan akhirat . Bukan tunggu 14 Februari je baru nak ingat . Pape pun , hukumnya haram kita menyambut Valentine Day sebab ada agenda lain mengapa 14 Februari disambut . Salah satunya ialah kerana tentera Islam di Sepanyol telah ditewaskan oleh tentera Kristian pada tarikh tersebut .

Okay , hari nie aku nak share sikit tentang cara pemakaian mengikut Islam . Apa yang aku share nie hanyalah sekelumit dari ilmu-ilmu Allah , kalau korang nak tahu lebih lanjut , silalah bertanya kepada ustaz ke , ustazah ke atau siapa-siapa yang lebih alim dalam bab nie . Aku hanya share aje yer =)

Kita mulakan dengan perempuan sebab Rasulullah S.A.W sentiasa dahulukan wanita . Ladies first =D Seperti yang kita tahu , pemakaian bagi wanita nie agak ketat mengikut Islam . Korang jangan bersungut pulak . '' Kenapa Allah nak seksa perempuan ? '' . Haish , jangan cakap macam tu . Bukan seksa tapi sebab korang tu amat bernilai . Sebab tulah kene jage molek-molek . Macam barang bernilai la , mesti kita akan jaga elok-elok kan ? Begitu juga dengan korang .

1. Kita mula dari atas . Tudung korang mestilah menampakkan muka sahaja . Berlaku khilaf di kalangan ulamak tentang maksud muka . Adakah bawah dagu dikira sebagai muka ? Bila jadi khilaf , maknanya banyak pendapat yang dikeluarkan hasil usaha para ulamak untuk mencari jawapannya tapi kita pilih pendapat yang paling kukuh , means that jumhur ulamak bersetuju dengan pendapat nie . Pendapat yang paling kukuh ialah muka bermaksud apa yang kita nampak bila kita pandang muka seseorang . So secara logiknya , kita memang takkan nampak bawah dagu bila pandang muka seseorang , kan ? Jadi jumhur ulamak menyatakan bahawa bawah dagu ialah aurat . Jelas kan ? Siap bagi sebab lagi tu , thanks to UAI .

2. Melabuhkan tudung hingga menutupi dada . Ini sangat penting wahai saudari-saudariku . Kalau bentuk dada korang kelihatan , korang tetap berdosa even pakai tudung . Sekarang banyak fesyen tudung yang menampakkan dada . Nie semua agenda Yahudi untuk sesatkan orang Islam . Alaaaa , asal pakai tudung kira okay la tu . Haish , tudung nie functionnya bukan setakat untuk tutup rambut je , dada pun sama . Itulah function pakai tudung . Kalau tak nak pakai macam tu , tanggunglah dosa dan tanggunglah dosa orang yang mengusha .

3. Menutup hingga pergelangan tangan . Nie ramai yang dah tau kot . Lengan korang tu aurat tau . Jangan gatal nak pakai baju lengan pendek , pastu pakai stoking tangan tu . Eh ? Stoking tangan tu bukan ke dah tutup lengan kita ke ? Yer , memang stoking lengan tutup lengan tapi tidak menutup aurat korang . Sebabnya , bentuk lengan korang still kelihatan , betul tak ? Melainkan stoking lengan tu longgar . Tapi ade ke stoking lengan yang longgar ? Kalau ada , boleh la pakai .

4. Tidak boleh memakai wangi-wangian sehingga menarik perhatian lelaki asing (ajnabi ) . Cukuplah sekadar wangian itu menutup bau busuk korang . Korang kan busuk , haha . Yelah , aku pernah terbau woo . Hapok kohong , haha . So wangian nie sebenarnya perlu tapi sekadar untuk neutralkan bau korang .

5. Last sekali bagi perempuan , menutup kaki dengan cara memakai stoking . Jangan salah faham . Bukan wajib pakai stoking tapi wajib tutup kaki cagu korang tu . Pakai stoking tu cadangan aje . Tak tahulah kalau korang ade cara lain , balut ngan kain ke , haha .


Kita beralih kepada lelaki pulak . Jangan ingat lelaki susah nak dapat dosa melalui pemakaian nie . Tapi syarat-syarat pakaian lelaki menurut Islam takde lah seketat perempuan . Even syaratnya longgar , kita tetap kena tahu tentang syarat-syarat yang digariskan oleh ulamak .

1. Tak perlulah nak start dari atas , kita bukannya pakai tudung pon . Cumanya sunat orang lelaki menutup kepala . Tak kisahlah kopiah ke , songkok ke , serban ke . In shaa Allah dapat pahala .Tapi Rasulullah S.A.W suka pakai serban . Lebih elok kita ikut Rasulullah S.A.W .

2. Tidak diperbuat daripada sutera . Pakaian kita mestilah tidak diperbuat daripada sutera sebab sutera hanya khas untuk perempuan dan ahli syurga sahaja . Kalau nak merasa pakai sutera , masuk la syurga .

3. Tidak boleh memakai gelang dan rantai . Kenapa ? Sebab ia menyerupai perempuan . Rasulullah S.A.W bersabda '' Allah melaknat lelaki yang bergaya seperti perempuan , dan perempuan yang bergaya seperti lelaki '' - Riwayat al-Bukhari - Ramai lelaki sekarang yang pakai gelang dan rantai . Ada yang cakap gelang tu mampu memberikan lebih power kepada badan la , tu macam dah masuk bab syirik tu . Melainkan kalau memang doktor atau pakar mengesahkannya . Haaa , Najib pon pakai rantai . Ape la , hang tu dah la pemimpin , ish-3 .

Okay , bagi lelaki tu antara perkara penting yang korang kena jaga . Aurat semua tahu kan dari mana ke mana ? Ke ada jugak yang tak tahu . Takpelah , aku bagitahu jugak . Aurat lelaki ialah bahagian antara pusat dan lutut . Aurat perempuan pulak semua anggota badan melainkan muka dan tapak tangan . Tu jelah serba sedikit yang dapat aku share . Kalau ada salah dan silap , mohon tegur yer =) Kalau nak lebih detail atau nak tahu tentang khilaf-khilaf yang berkaitan dengan pakaian nie , sila rujuk orang yang betul-betul pakar dalam bab nie . Ana tak pakar , sharing ilmu orang aje ^^''

Islam tak larang berfesyen tapi Islam larang membuka aurat kepada yang bukan berhak =D
Wallahualam .

Peace Yaw ! XD

No comments:

Post a Comment