Monday, 17 March 2014

Akhir zaman

Assalamualaikum wbt .

Takut , cuak , gementar , bedebar dan semua yang berkaitan dengannya . Itulah yang aku rasa sekarang . Mesti korang fikir aku cuak sebab result SPM nak keluar tak lama lagi , kan ? Ade la cuak sikit tapi yang lebih aku takut daripada tu ialah tanda-tanda kiamat kecik telah pun lengkap dan kalau korang nak tau , tanda-tanda besar kiamat telah pun berlaku .

Korang tahu tak antara salah satu daripada tanda-tanda besar kiamat telah pun berlaku ? Klik link nie untuk baca hadis Nabi Muhammad SAW tentang keruntuhan tembok yang dibina oleh Iskandar Zulkarnain .

Dah baca ? Kalau belum sila baca dulu .

Tahukah korang bahawa orang Israel sekarang nie bukan orang Yahudi yang tulen ? Mereka sebenarnya adalah yakjuj makjuj tetapi menganut agama Yahudi . Untuk penerangan lebih lanjut sila klik sini .

Maknanya yakjuj makjuj dah lama keluar . Bukti yang mengukuhkan lagi teori bahawa bangsa Israel sekarang nie yakjuj makjuj ialah Tasik Galilee/Sungai Tabarah di Palestin telah mula mengering , siapa lagi pihak yang bertanggungjawab menghabiskan air dalam tasik tersebut kalau bukan bangsa Israel sekarang ? Untuk pengetahuan korang yakjuj makjuj yakni bangsa Israel sekarang akan minum tasik ini sehingga kering dan Sheikh Imran Hosein menjangkakan bahawa tasik tersebut akan kering sepenuhnya kurang dari 50 tahun !

Korang tahu apa maknanya bila Tasik Galilee sudah kering sepenuhnya ? Klik sini untuk baca hadis tentang Tamim Ad-Dari yang bertemu dengan Dajjal di sebuah pulau sewaktu beliau terdampar di pulau tersebut . Jangan pandang remeh hadis nie sebab nie hadis sahih . Dajjal sendiri dah bagitahu bahawa dia akan dibebaskan apabila Tasik Galilee mengering dan dia akan menjelajah ke setiap bandar kecuali kota Mekah dan Madinah .

Aku nak sentuh bab hadis yang sebut pasal Tentera Panji Hitam dari Khurasan . Sebelum tu tengok dulu video nie .

Daripada Abu Hurairah RA , sabda Rasulullah SAW : 

'' Akan keluar dari wilayah Khurasan panji-panji hitam , dimana tidak ada sesuatu pun yang akan menghalanginya hingga dikibarkan di wilayah Iliya (Baitulmaqdis) '' (HR Tirmidzi)

Taliban lah mujahidin yang berada di Khurasan sekarang . Wilayah Khurasan meliputi Uzbekistan , Afghanistan , Tajikistan , Iran dan Turkmenistan . Sekarang korang dah tahu bahawa Taliban yang Amerika Syarikat tuduh sebagai pengganas nie sebenarnya ialah tentera Imam Mahdi . Amerika Syarikat menggunakan kuasa media untuk memburukkan imej Taliban sebab Amerika dah tahu yang Taliban nie tentera Imam Mahdi . Kita yang memang malas untuk kaji mende nie semua mengiyakan sahaja apa yang US bagitahu . Tanggung lah dosa siapa yang masih lagi mahu memfitnah tentera Imam Mahdi .

Okay , cuba korang tengok apa yang berlaku di wilayah Syam sekarang ? Wilayah Syam ialah medan berlakunya perang akhir zaman . Wilayah Syam nie meliputi Palestin , Syria , Jordan dan Lubnan . Memang tipulah kalau kita cakap negara-negara yang aku sebut tadi dalam keadaan aman sekarang nie . Syria dan Palestin , 2 buah negara yang paling sibuk dengan peperangan . Hari-hari kita dengar orang mati dibunuh di Palestin dan Syria . Adakah korang masih tak nampak lagi apa yang berlaku di Syria dan Palestin tu merupakan pra-perang akhir zaman ? Perang akhir zaman dah nak bermula !

Sekarang korang sedar tak ?

Yakjuj Makjuj dah muncul .

Tasik Galilee akan mengering sepenuhnya kurang dari 50 tahun .

Tentera Imam Mahdi sudah berada di Khurasan .

Wilayah Syam sedang bergolak .

Ini semua adalah tanda-tanda kiamat yang amat jelas bagi kita . Bangunlah wahai umat Islam . Kurangkan usaha kita dalam mengejar dunia . Kurangkan hiburan yang melalaikan . Banyakkan amalan dan amar makruf nahi mungkar . Amalkan apa yang Nabi Muhammad SAW berpesan kepada kita dalam menghadapi fitnah akhir zaman nie . Antaranya , baca 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah Al-Kahfi bagi menghadapi fitnah terbesar iaitu fitnah Dajjal . Fitnah Dajjal tu maknanya apa yang Dajjal akan pertotonkan untuk kita nanti hanyalah tipu semata-mata . Syurga Dajjal adalah neraka Allah dan neraka Dajjal adalah syurga Allah . Aku menyeru kepada korang semua saudara seakidah denganku supaya kembali berpegang kepada Al-Quran dan sunnah Nabi SAW . Bertaubatlah walaupun dosa kita seluas langit dan bumi kerana pintu taubat Allah itu lebih luas daripada langit dan bumi . Aku niepun bukannya baik sangat tapi alhamdulillah Allah memberikan aku kesedaran walaupun maksiat sedang bermaharajalela di mana-mana . Sebelum aku undurkan diri , korang hayatilah video yang membuatkan ramai orang kembali bersemangat untuk berjihad di jalan Allah . Klik sini untuk tengok video . Kalau ada salah dan silap , mohon tegur yer . Assalamualaikum .


No comments:

Post a Comment