Wednesday, 9 April 2014

Dajjal al-Masih

Assalamualaikum wbt .

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam . Yang maha hidup dan tak pernah tidur . Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW , ahlul bait dan para sahabat RA .

Lama dah rasanya tak update blog nie . Sebenarnya aku sibuk kaji pasal syiah sampaikan takde masa nak update blog . Setelah lama aku kaji pasal syiah ,  akhirnya aku jumpa fakta yang sangat mengejutkan pasal sejarah syiah di Tanah Melayu tapi aku tak nak story pasal syiah kali nie . In shaa Allah , sekiranya Allah memberikan kesempatan kat aku untuk membongkar kan rahsia syiah nie , aku akan story kan kat korang .

Dajjal al-Masih.. kalau ada orang tanya kat kita pasal Dajjal , apa yang kita nak bagitau ? Aku tau sekarang orang memang ramai yang minat nak tau pasal tanda-tanda kiamat nie khususnya tentang Dajjal nie . So hari nie aku nak share pasal Dajjal al-Masih nie . Apa tujuan Dajjal muncul ke dunia nie ? kenapa Dajjal digelar sebagai al-Masih ? Siapa pengikut Dajjal ? Hari nie aku terangkan tentang persoalan-persoalan nie berdasarkan ilmu yang Allah kurniakan kepada aku , berkat usaha aku untuk mencari hakikat Dajjal . Ehhh jap , perlu ke kita tahu pasal Dajjal ? Apa kata kalau kita tunggu je kedatangan dia . Hmmm , kalau takde keperluan untuk kita tahu pasal Dajjal , buat apa para Nabi termasuklah Rasulullah SAW bagitau tentang Dajjal ? Mesti ada faedahnya untuk kita tahu .

Okay , bismillahirahmanirahim..

Pada zaman Nabi Sulaiman AS , kerajaan baginda telah menguasai dunia dan pusat kerajaan baginda ialah Jerusalem . Umat baginda yakni bani Israel , telah mengalami zaman keemasan pada waktu itu . Mereka hidup dengan aman damai dan kemewahan melimpah ruah ke atas mereka . Malangnya , bani Israel telah mengingkari Nabi Sulaiman . Biasalah , orang Israel memang terkenal dengan kedegilan dieorang . Setelah kewafatan Nabi Sulaiman , Raja Nebukadnezar telah menawan Jerusalem . Orang-orang Israel telah dijadikan hamba dan mereka hidup dalam keadaan serba kekurangan . Mereka telah mengalami zaman kegelapan . Orang-orang Israel meratap di tepi Sungai Nil , mengenangkan kesilapan dan nasib malang yang menimpa mereka . Di saat mereka sedang meratap , datanglah seorang nabi membawa berita gembira kepada mereka . Nabi tersebut ialah Nabi Daniel AS . Nabi Daniel memberitahu mereka bahawa akan datang seorang al-Masih yang akan membela nasib mereka dan mengembalikan zaman kegemilangan Bani Israel . Menurut pandangan Sheikh Imran Hosein , al-Masih mempunyai 4 misi utama iaitu :-

1. Membawa orang-orang Israel kembali ke Jerusalem .
2. Membina negara Israel .
3. Mengembalikan zaman kegemilangan Nabi Sulaiman .
4. Memastikan negara Israel menguasai dunia .

Al-Masih yang dimaksudkan Nabi Daniel ialah Isa al-Masih yakni Nabi Isa AS . Apabila Nabi Isa AS dilahirkan oleh Maryam , orang-orang Israel menolak ajaran yang dibawa oleh baginda dan mereka tidak mahu mengakui Nabi Isa sebagai al-Masih . Antara faktornya ialah kerana Nabi Isa tidak mempunyai ayah , mereka menuduh Maryam telah berzina dan lahirlah Nabi Isa . Takkan lah anak luar nikah boleh diangkat menjadi al-Masih , itu sesuatu yang mustahil kata orang-orang Israel yang sombong . Keyakinan orang-orang Israel bahawa Nabi Isa bukan al-Masih yang dijanjikan bertambah kuat apabila mereka melihat ''Nabi Isa'' disalib . Sebenarnya yang disalib tu bukan Nabi Isa tapi seorang anak murid Nabi Isa yang telah disamakan seperti Nabi Isa oleh Allah SWT . Bahkan Nabi Isa telah diselamatkan oleh Allah dan Allah telah mengangkat Nabi Isa ke langit dan Nabi Isa akan diturunkan ke bumi untuk membunuh Dajjal .

Okay aku harap korang faham cerita kat atas sebab aku nak kaitkan cerita tu dengan kedatangan Dajjal al-Masih . Seperti yang kita tahu , orang-orang Israel yakin bahawa Nabi Isa bukan al-Masih yang dijanjikan . Maknanya al-Masih yang dijanjikan masih belum didatangkan kepada mereka . Sebab tulah orang-orang Israel sekarang masih lagi menanti al-Masih yang dijanjikan . Dajjal ialah fitnah terbesar dunia . Ya , Dajjal akan datang dengan membawa fitnah yang paling besar kepada umat manusia . Dajjal akan menyamar sebagai al-Masih dan dia akan menipu orang-orang Israel . Orang-orang Israel akan percaya bahawa Dajjal ialah al-Masih yang sebenar kerana Dajjal akan menjalankan misi utama al-Masih . Ingat lagi tak 4 misi utama al-Masih yang aku bagitau tadi ? Haaaa , so tujuan Dajjal datang ke dunia ialah untuk menipu manusia dengan mengatakan bahawa dia ialah al-Masih bahkan dia jugak turut mengaku sebagai tuhan .

Untuk pengetahuan korang , daripada 4 misi al-Masih , 3 misi telah berjaya dijalankan . Cuba kita tengok apa yang berlaku kat Palestin sekarang... , orang-orang Israel telah berjaya menguasai tanah suci Palestin , membina negara haram Israel dan mereka sekarang berada di puncak kegemilangan . Betul tak ? Cumanya yang mereka masih belum realisasikan ialah misi ke-4 iaitu menguasai dunia . Persoalannya , siapa sebenarnya yang menjadi dalang dalam menjayakan 3 misi utama tu ? Siapa lagi kalau bukan Dajjal . Tapi macam mana Dajjal berjaya jalankan 3 misi tu ? Adakah Dajjal sudah muncul ? Sebelum tu aku nak tanya , korang pernah baca hadis pasal Tamim ad-Dari jumpa Dajjal kat sebuah pulau tak ? Hmm , aku harap korang pernah baca sebab tu hadis sahih riwayat Imam Muslim . Takpe , aku story sikit pasal hadis tu..

Rasulullah telah bercerita kepada para jemaah setelah selesai solat di masjid . Rasulullah SAW menceritakan bahawa seorang muallaf yakni Tamim ad-Dari bersama rakan-rakannya telah berlayar di laut . Beliau telah dibadai ombak selama sebulan di tengah laut . Akhrinya kapal beliau terdampar di sebuah pulau . Di pulau itu , beliau dan rakan-rakannya telah menjumpai seekor makhluk yang belum pernah dilihat sebelum ini . Makhluk itu berbulu lebat , sangat lebat sehinggakan Tamim ad-Dari tidak dapat mengenal pasti yang mana satu ekor dan kepala makhluk tersebut . Kemudian berlaku lah dialog antara Tamim ad-Dari dan makhluk itu .
Tamim : Siapakah kamu ?
Makhluk : Aku ialah al-Jassasah .
Tamim : Apakah itu al-Jassasah ?
Tanpa menghiraukan pertanyaan Tamim ad-Dari , al-Jassasah berkata bahawa terdapat seorang pemuda yang ingin bertemu dengan Tamim ad-Dari di sebuah biara yang terdapat di pulau itu .

Berlalulah Tamim ad-Dari bersama rakan-rakannya dan menuju ke tempat yang telah ditunjukkan oleh al-Jassasah . Setelah sampai di biara itu , mereka melihat seorang pemuda yang berbadan tegap dan berambut kerinting dengan tangan yang diikat di leher dan kakinya yang dirantai .

Tamim : Siapakah kamu ini ?
Pemuda : Kamu telah melihat keadaan aku , siapa pula kamu ini ?
Tamim menceritakan bagaimana beliau dibadai ombak sehinggalah terdampar di pulau itu dan bertemu dengan al-Jassasah yang menyuruhnya bertemu dengan pemuda itu .
Pemuda : Bagaimana keadaan pokok kurma di Baisan ? Adakah masih berbuah ?
Tamim : Ya , pokok kurma di Baisan masih banyak buahnya .
Pemuda : Pokok itu tidak akan berbuah tak lama lagi . Bagaimana pula dengan Tasik Tabarah ? Adakah airnya masih banyak ?
Tamim : Ya , airnya masih banyak .
Pemuda : Sesungguhnya tak lama lagi airnya akan kering . Bagaimana pula dengan Nabi al-amin yang diutuskan ? Apa yang dia buat ? Apakah dia diperangi ?
Tamim : Dia telah berhijrah ke Madinah . Ya , orang-orang Arab memeranginya .
Pemuda : Apa pula tindakan dia ke atas orang yang memeranginya ?
Tamim : Dia telah berjaya menewaskan orang-orang yang memeranginya dan hampir semua orang Arab mengikutinya .
Pemuda : Beruntunglah bagi sesiapa yang mengikutinya . Sekarang aku akan menerangkan kepada kamu tentang siapakah aku . Aku ialah Dajjal al-Masih . Tak lama lagi aku akan diizinkan keluar . Aku  akan masuk ke setiap bandar selama 40 hari kecuali Mekah dan Madinah . Kedua-dua kota ini diharamkan kepada ku . Aku dihalang oleh malaikat dengan pedang yang terhunus .

Sheikh Imran berpendapat bahawa pulau yang menempatkan Dajjal al-Masih pada ketika itu ialah Britain . Britain pada masa dahulu ialah sebuah empayar yang kuat bahkan lebih kuat daripada US . Britain juga lah yang bertanggungjawab membawa orang-orang yahudi ke Palestin dan Britain juga lah yang bertanggungjawab mendirikan semula negara Israel . Takkan Britain mampu melakukan semua ini tanpa bantuan Dajjal sedangkan apa yang dilakukan oleh Britain itu ialah 2 misi utama al-Masih . Sudah semestinya di belakang Britain itu , berdiri seorang perancang yang hebat yakni Dajjal . Kini , US telah mengambil alih peranan Britain dalam menyokong pembentukan negara Israel dan penempatan orang-orang yahudi di Palestin . Dengan sokongan US , Israel sekarang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam pelbagai bidang . Pendek kata , Israel telah mencapai zaman kegemilangan . Sheikh Imran berpendapat bahawa Dajjal telah berpindah ke US dan dia lah yang mengatur rancangan pengukuhan negara Israel melalui US . Di belakang pemerintahan US , berdirinya Dajjal al-Masih . Sebab tulah US terlalu rapat dengan Israel , dulu Britain , sekarang US pulak . Persoalannya , macam mana pemimpin Britain dulu dan pemimpin US sekarang mampu melaksanakan rancangan Dajjal nie ? Adakah mereka mampu berhubung dengan Dajjal ? Ya , mereka berhubung dengan Dajjal melalui pertubuhan Freemason . Freemason ditubuhkan bertujuan untuk menyambut kedatangan Dajjal yang ditunggu-tunggukan oleh orang yahudi kerana mereka menyangkan bahawa Dajjal ialah al-Masih yang dijanjikan .

Persoalan terakhir , siapakah pengikut Dajjal ? Sudah semestinya orang-orang Israel akan menjadi pengikut Dajjal , Dajjal ialah al-Masih yang mereka nantikan . Selain itu , sesiapa yang tidak begitu beriman kepada Allah dan Rasul , juga akan menjadi pengikut Dajjal . Di Arab Saudi , terdapat sebuah bukit yang bernama Jabal Habsyi . Rasulullah telah bersabda bahawa Dajjal akan mendaki bukit itu dan dari bukit itu , Dajjal boleh nampak Masjid Nabawi . Dajjal akan berkata , lihatlah masijid putih itu , itulah Masjid Ahmad . Untuk pengetahuan korang , kat Jabal Habsyi tu telah dibina sebuah istana yang khas untuk Dajjal(Dajjal Palace) . Tak payah terkejut sangat la , ingat kerajaan Arab Saudi tu baik sangat ke ? Arab Saudi la antara negara yang menantikan kedatangan Dajjal al-Masih . So apabila berlaku gempa bumi di Madinah , maka keluarlah orang-orang yang munafik dari Madinah untuk menyertai tentera Dajjal , dieorang akan pergi kepada Dajjal yang menunggu mereka di Dajjal Palace nie . Pada akhir zaman , akan berlaku 3 kali gempa di Madinah . Sejak Rasulullah SAW wafat , telah berlaku 2 kali gempa . Korang fikirlah sendiri betapa dekatnya kiamat dengan kita sekarang . Itu saja dari aku , segala yang baik itu datang dari Allah dan ilmu yang aku share nie pun datang dari Allah melalui para Nabi , ulamak , sheikh-sheikh serta ustaz-ustaz . Aku hanya mengutip ilmu daripada mereka saja . Semoga mereka dicucuri rahmat Allah swt .


Inilah Jabal Habsyi . Bila tengok gambar dari satelit nie , nampak macam mata kan ? 


 Nie pulak logo polis Arab Saudi . Tak taulah kalau korang tak nampak lagi ...


Jeng jeng jeng .. kenal tak sape yang belah kiri tu ? Orang yang bertanggunjawab ke atas kematian berjuta umat islam di seluruh dunia . Bush laknatullah . Ehhhh , sape pulak pak arab yang duk berpimpin tangan ngan setan tu ? Itulah die Raja Arab Saudi , King Abdullah . Nie bukan gambar super impose yer , kalau tak caye , korang boleh search sendiri kat youtube .

WALLAHUALAM .

No comments:

Post a Comment