Friday, 24 January 2014

Haikal dan Din

Assalamualaikum dan salam Jumaat .

Hari nie aku nak citer pasal bestfriend forever aku . Tau tak siapa ? Dia nie sama kelas dengan aku time form 1 ngan form 2 . Memang seronok kawan ngan dia nie . Kiteorang masa lower form dulu suka sangat bercerita pasal perjuangan orang Palestine . Memang budak batch aku suka sangat suruh aku bercerita pasal tu . Yang dieorang paling suka bila aku bercerita pasal Salahuddin Al-Ayyubbi . Memang aku nampak kat muka dieorang semangat jihad yang tinggi even dieorang banyak main-main time tu . Memang tekun dieorang dengar citer aku . Sebab tulah aku tak pernah tolak request dieorang untuk citer pasal perjuangan orang-orang Islam . Aku nak sematkan semangat jihad yang tinggi dalam diri dieorang macam apa yang ayah aku buat kat aku . Teringin sangat nak tengok kawan-kawan aku nie berjuang untuk tegakkan Islam bila dah besar nanti . In shaa Allah . Aku rasa bersyukur sangat sebab member-member aku majoriti sokong PAS . Sebab apa ? Sebab kami nak hukum Allah ditegakkan di bumi Malaysia . Even kiteorang takde la alim atau warak sangat tapi semangat nak tengok Islam menang tu memang tinggi dalam jiwa kiteorang . Dan sampai form 5 pun dieorang nak jugak dengar citer pasal syiah la , syria la . Last-last sekali dieorang suruh aku bagi tazkirah terus . Hmm , ingat aku berani sangat ke ? Cuak wei . Tapi takpe lah , memang dari dulu aku niat nak bagi korang semua sedar tentang apa yang berlaku kat umat Islam sekarang .

 Okay , panjang gila aku melalut , haha . Sahabat yang aku maksudkan tu ialah Ahmad Rafiuddin bin Abdul Aziz .



Abaikan dorm kiteorang yang kemas tu =3 Yang kiri tu lah Din . Comel ork , hehe . Ohhh ! Baju yang kiteorang pakai tu jenama yang sama sebenarnye , warna pun sama . Thanks Busuk sebab bagi baju tu =) Yang kanan tu bangla mane tau =='' Haha . Apa ? Apa salahnye kalau jadi bangla ? At least bangla takde yang lepak atas moto time solat Jumaat . Tak tahulah tapi aku memang tak penah nampak orang bangla buat macam tu . Dah anak muda melayu ? Berkapoh yang tak solat Jumaat . Lepak atas moto sambil isap rokok time solat Jumaat . Kepala hotak kau , kau fikir kau hidup selama-lamanya ke ? Orang melayu  ramai yang jadi penganggur , kalau kaya pun , ramai yang makan rasuah . Orang bangla even die kerja buat rumah je tapi rezeki tetap halal . So siapa yang lagi mulia di sisi Allah ? Cer korang tanye kat bangla ..

'' Kau nak tak jadi orang melayu ? ''

Aku rasa dieorang akan jawab 

'' Tak nak , kami bersyukur jadi orang bangla , melayu haprak '' 

Hahaha , mungkin la ada yang cakap nak jadi orang melayu tapi dari kecik lagi aku fikir , kenapa orang suka ejek '' Kau nie keling la '' '' Kau nie macam cina la '' . Apa yang istimewa sangat orang melayu ? Aku rasa orang cina lagi banyak berjaya kat Malaysia nie , kan ? Hmmm , btw sangat bertuah dilahirkan sebagai seorang Islam . Bak kata UAI , '' Dok rok cetong la kalu kite tubek-tubek jadi orang hindu , bahang tanoh la '' Hahaha . Tapi betul la kan . Kita patut bersyukur dilahirkan sebagai muslim .

Okay , mudah sangat aku terpesong dari tajuk , haha . Din nie baik orangnye . Bijak sangat-sangat . Rajin yang pasti . Memang bermotivasi kalau korang rapat dengan Din nie . Semangat aku nak belajar memang berkobar-kobar bila aku rapat dengan Din . Aku baru sedar yang kalau kita study sorang-sorang , memang effect die tak nampak sangat . So , aku cari la member yang aku boleh masuk . My mama pun suruh aku rapat ngan Din . Tanya die kalau ada mende yang tak faham . Aku suka cara Din ajar , mudah nak faham . Berbanding orang lain , aku tak faham pah ceroh . Addmath la . Aku belajar tak sampai 15 minit pun dengan Din , aku dah faham . Bab Index . Senang je tapi aku tak faham . Aku pun study la dengan Din . Alhamdulillah , in the next exam , aku dapat markah penuh bab tu dan aku lulus jugak addmath akhirnya , hahahaha . Syukur alhamdulillah . Dapat jugak aku escape dari kelas tahanan addmath tapi kelas tahanan tu bagus sebenarnye . Sangat-sangat membantu bagi orang yang betul-betul nak belajar . Aku tak rasa hina pun kena kelas tahanan . Rase bangga ada la sebab dapat lintas orang yang tak kena kelas tahanan . Ouh , Din banyak kali cakap muka aku macam orang Palestine . Ye ke ? Yang aku tahu mak aku cakap moyang-moyang ayah aku dulu orang Pakistan . Haha , ada la kaitannye sikit kot . Persahabatan kiteorang memang tak pernah tercemar dengan pergaduhan pun tak silap aku . Seingat aku , aku tak pernah pun gaduh ngan Din . Dari form 1 lagi .

Aku sokmo jugak mengadu kat Din kalau aku ada masalah . Apa-apa masalah jelah . Tak semestinya berkaitan dengan pelajaran je . Kadang-kadang tu , aku tak mengadu pun kat die tapi die boleh detect , haha . Segan pulak rasa . Kiteorang sokmo sharing citer . Hal-hal peribadi . Kalau aku merajuk dengan Cik Busuk , Din la yang sokmo pujuk , heee . 

'' Rileks la Haikal , die buat macam tu sebab die takut kehilangan ko '' =3

Hee , ayat tu memang melegakan aku lepas Cik Busuk tak percaya yang aku setia . Aku terus tak jadi nak merajuk . Betul la apa yang ko cakap Din , hee . Cik Busuk pun cakap macam tu . Pape pun , aku harap hubungan persahabatan kita nie akan berkekalan hingga ke syurga , in shaa Allah . Ukhwah fillah ^^ 

BYE ~

No comments:

Post a Comment