Thursday, 27 December 2012

Haha ! :'D

Assalamualaliakum w.b.t dan salam Jumaat =)


Lame gila aku tak update blog , ork ? Heee . Sibuk weh . Kerja sekolah tu , bertimbun-timbun . Tulah , mase awal-awal cuti hari tu tak nak buat . Sekarang baru gelabah nak buat , entah la sempat ke tak siap tu . Cikgu pun 1 , ngade ngat bagi kerja sekolah time cuti akhir tahun ni buat ape . Orang nak enjoy-enjoy , nak berparti lagi , nak maen banjir lagi , nak maen PES lagi , nak tengok bola lagi . Mane sempat nak pikir pasal kerja sekolah nye . Pape pun , kalau tak siap kerja tu . Jangan lah marah ye cikgu , kang saya bocorkan tayar kereta cikgu , baru tau . Haa , takut lah tu . Okay , hari nie aku rase semangat pulak nak update blog bila teringat budak busuk tu cakap yang die jenguk sokmo blog aku tapi tak de perubahan pun . Kesian pulak aku rase kat die .Yelah-yelah , saya upadate hari nie ye : ) .


Weh , panjang pulak intro aku . Hah ! suka hati aku la . Hari nie aku nak story mory kat you all semua pasal kenangan paling best dan kelakar kot kat asrama , ceh wah ! speaking pulak . Mase nie , kiteorang (budak-budak aspura yang macho) duk sibuk demam . Eh , bukan demam malaria mahupun demam denggi tapi demam EURO 12 . Nama pun lelaki , kalau tak minat bola tu , macam pelik la jugak . Kiteorang nie sokmo la berjaga malam demi nak tengok bola tu . Walaupun cikgu dah bagi amaran supaya jangan tengok , heh ! what I care , bola is about everything . Dalam musim demam EURO nie , ramai la yang lambat gi perhimpunan . Yelah , mase malam duk bersengkang mata , tidur berapa lama je , pagi mula lah bangun lambat , subuh pun subuh dinasour . Ada yang lagi hebat , tak solat subuh terus , haa , amekaw ! Teruk punyer orang . Allah dah bagi nikmat dapat tengok bola , tak balas pun budi Allah . Solat 2 rakaat je pun . Haha , aku pandai cakap je . Aku pun ade jugak sekali terlewat bangun tapi aku solat subuh tau . Jangan pandai nak ngumpat aku . Kang aku tampar berpusing kepala korang .


Tak silap aku hari Khamis . Match tu pagi Khamis , Itali lawan Jerman tak silap aku . Semi final . What the?! Itali menang , masuk final lawan Spain . Kecewa gila aku , menangis teresak-esak sampai terkencing dalam seluar . Haha . Sabet . Match tu habis pukul 4.30 , aku pun gi la tidur semula dengan harapan nak bangun pulak kejap lagi . Duk tengah sedap diulit mimpi , tiba-tiba aku terjaga . Tengok kat luar dah cerah . Aku pun tengok jam , oh man! pukul 6.45 dah . Aku pun terus terbang dari katil aku capai tuala dan pecut 100m ke bilik air . Oh my Arabic ! ramai lagi rupanye tak mandi , kena beratur lagi . Dalam hati aku , " natang sungguh ar! , lambat la aku kali nie " Siap mandi , aku pun solat . Eh lepas mandi terus solat , tak pakai baju ke ? A'ah , tak pakai baju , problem? >.< Aku tengok jam dah pukul 7.15 , dalam perjalanan ke perhimpuan , aku pun buat mesyuarat PBB dengan member-member aku , "Weh kambing-kambing sekalian , guane nie ? kalau gi perhimpunan , kompem kena beratur kat depan , malu seh , tak macho ar gitu . Aku malu kat budak busuk tu . Mesti die mengata aku nanti '' Akhirnya ijmak para member mendapati bahawa menyorok dalam tandas adalah cara terbaik tak nak malu . Masuk dalam bilik persalinan LELAKI , tengok-tengok ramai dah rupanye sek-sek lambat bangun duk nyorok dalam tu . Aku pun terus cop 1 tandas nie . Bersih je . Hehe , pandai aku pilih . Dalam tandas tu , kiteorang senyap je . Krek krek krek , bunyi anjing je duk menyalak =,= 


Tetibe aku terdengar suara Effat , ''ish , bising la Effat nie , nie aku malas menyorok ramai-ramai nie'' . Dan tak semena-mena , terdengar lah aku akan jeritan cikgu Nini melaungkan nama Effat . ''Effat ! Effat ! awak buat ape dalam tandas tu? Keluar sekarang ! '' . Amekaw ! jantung aku dup dap dup dap . ''Ngok la Effat nie , dah kantoi '' Aku risau cikgu Nini tanye Effat siapa lagi yang tak gi perhimpunan . Fortunately , die tak tanye pun . Effat pun dengan machonye masuk balik dalam bilik persalinan . Eh , macam tak de pape je . Punyer la lama aku tunggu perhimpunan habis , sampai tertidur aku dalam tandas . Hahahaha , ngantuk seh . Sedar-sedar dah pukul 7.45 . Gelepor aku keluar dari tandas . Fuh ! naseb baek perhimpunan baru habis . Aku dengan member-member aku pun keluar dengan hensem lagi macho macam power rangers dapat kalahkan orang jahat . Haha , setakat nie aku tak pernah kantoi lagi ponteng perhimpunan . Hehe , nakal kan aku ? Alaa , sekali sekala . Kalau tak , tak berupdate lagi la blog aku nie , hahaha , boleh pulak gitu =,= 


Tapi , masa sukantara hari tu . Kan tak sekolah kan ? Budak aspura ramai la gi lambat perhimpunan , ramai giler ! Belake kena tahan dengan cikgu Azu . Lama kiteorang kena berletir dengan cikgu Azu . Tiba-tiba , jeng jeng . Mengumumkan ketibaan cikgu paling sempoi , Cikgu Shamsul ! diiringi cikgu yang paling hensem , Cikgu Jai ! Adoiyaiii ! Cikgu Jai bawak rotan la pulak . Cikgu Shamsul pun amek alih tempat cikgu Azu . Die pun start mengomel , taulah comel pun , errr sabettt =,= . ''Sape semalam tengok bola? keluar ke depan sekarang'' Tak de orang pun ngaku . ''Aku cakap keluar sekarang ! '' Bhaaai , terkejut chimpazee belake . Kiteorang termasuk budak form 2 pun keluar la ke depan . ''Nie lah barisan-barisan pemain EURO '' Hahaha , nak tergelak aku dengar cikgu Jai cakap cam tu . Tahan je lah . ''Dah la lambat , tengok bola pulak tu . Tengok bola pas tu tak kemas meja ngan kerusi . Korang kena double rotan . Yang lain kena sekali je ''. Boh ! rabok la gini . Aku tak leh bla btol tengok muka Adam Iberahim mase kena tu . Hahahaha . Lawak seh die tahan sakit . Mula-mula aku kena tu , tak sakit mana . Boleh je cover macho lagi , kena yang kali kedua tu . Aaahhh ! rase macam nak jerit je . Sakit wooo . Hahaha . Walaupun perit tapi memang kelakar bila teringat balik . Pengalaman tu , bukan senang nak dapat . Duk asrama kalau tak pernah kena macam tu , tak syok la bak kata alumni-alumni InSTAR . Lepas pada hari tu , aku gi awal sokmo perhimpunan . Hahaha , serik dah wei . Tak mau dah kena rotan tapi tahun depan aku form 5 , lagi nakal ade la aku rase . Okelah , sampai sini je story aku kali nie . Oh ! moral of the story is jangan bangun lambat . Nanti kena rotan , padan muka ! Byeee ! Assalamualaikum !


No comments:

Post a Comment