Sunday, 18 May 2014

Buntu lah nak letak tajuk apa , haha .

Assalamualaikum wbt .

Hmmm , lama dah tak care ke blog nie . Bersawang dah , tu kat atas tu , siap ada labah-labah lagi haaa . Takde ape pun nak share hari nie sebenarnya . Saja training menaip , tibe . Minggu nie minggu last la aku duk kat umah sebelum berangkat ke Kulim . Jauhhh baq hang . Bila lah pulak baliknya , ke tak balik dah ? :O

Jadi sebelum beta berangkat ke Kulim , beta ingin memohon maaf kepada rakyat jelata . Doakan semoga keberangkatan beta diredhai Allah dan semoga beta selamat sampai ke singgahsana Matrikulasi Kulim . Sebenarnya aku tak plan langsung nak masuk matrik nie . Aku memang dah taknak ada kaitan dah dgn kos sains nie . Tengok result SPM ar , subjek sains memang hancur terus . C ngan D je . Bio ar D , haha , Haikal bodo =='' Sebenarnya BIO tu memang aku surrender awal-awal . Tak minat aku , lucah je .. sabit , haha . So berdasarkan result SPM aku tu , aku rasa better aku pegi ke arah bidang sejarah gitu . Sejarah aku pun A+ heee , alhamdulillah :) Aku memang minat gila sejarah nie , sebab tulah aku nak jadi ahli politik , haha , ok aku serious sebenarnye . Nak jadi ustaz memang tak lepas dah kot , arab tinggi aku tak amek dulu .

Ingatkan UPU boleh la dapat Diploma Pentadbiran Awam pastu degree nanti amek kos Sains Politik . Apekan daya , Allah lebih mengetahui apa yg terbaik untuk aku . Walaupun aku rasa aku dah tak boleh pegi bidang sains tp Allah tetap jugak bg jalan ke situ . Maknanya aku mampu lagi la tu , kalau tak , takkan Allah bg jalan tu , ye dak ? Takpelah , pegi jelah matrik nie , kali nie memang aku nak belajar sungguh-sungguh , kat sekolah dulu banyak main sebenarnya . Main tu bukan maknanya main bola petang-petang tu . Maksud main nie luas , malas nak terang , haha . Takde ape pun yang aku harapkan sepanjang setahun kat matrik nie melainkan balik ke rumah dengan berjayanya pastu tahun depan buat degree terus , in shaa Allah , mudah-mudahan Allah permudahkan urusan aku . Haaaa , sebelum aku berangkat nie , aku nak mintak maaf kat kawan aku sorang nie . Kawan baik aku , sayang gila kat dia . Sy nak mintak maaf sebab sy rasa banyak sangat sy buat salah dgn awak . 1 lg , sy tak tau lah awak ingat ke tak tp dulu sy pernah cakap yg sy nak bg surat terakhir kat awak tp dalam surat tu sy cuma nak bg pesanan dan nasihat je . Awak ingat lagi tak ? Jadi sy bg pesanan dan nasihat tu kat sini jelah awak ea..

Kepada awak , sahabat terbaik saya sepanjang zaman ..
1. Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa , apa-apa pun yg terjadi , sentiasa lah berada di atas jalan taqwa . Jangan pilih jalan lain even awak ada masalah sebesar mana sekalipun . Bila awak ada masalah , cari lah Allah sebab masalah itu diberikan oleh Allah untuk menguji keimanan awak atau untuk membalas dosa-dosa awak selama nie tapi ingat , tak kira lah masalah tu ialah ujian atau bala sekalipun , apa yang Allah nak ialah awak cari Dia balik , tu je matlamatNya .
2. Belajarlah bersungguh-sungguh , jangan banyak berkhayal sampai lupa matlamat awak .
3. Hormatlah orang tua awak , keredhaan Allah terletak pada keredhaa orang tua awak .
4. Sayangilah guru-guru dan kawan-kawan awak .
5. Jaga aurat , pastikan pakaian awak betul-betul menutup aurat awak .
6. Jaga adab-adab berikhtilat , jangan sampai bawak kepada zina .
7. Ingatlah kepada mati , jangan fikir pasal hidup di dunia je . Hidup di dunia nie sementara je sedangkan akhirat kekal selamanya .
8. Berhati-hatilah dengan fahaman syiah , rajin-rajin kanlah untuk kaji pasal syiah . Pastikan awak kenal siapa syiah yg sebenarnya . Jauhilah amalan-amalan syiah yg dah sebati dengan adab masyarakat melayu kita . Syiah nie ibarat virus , kalau tak dicegah , akan rosaklah kita dan bangsa kita .
9. Dengarlah pesanan Cikgu Zul , orang selalu cakap Cikgu Zul suka melalut tapi kata-kata dia sebenarnya sangat-sangat penting . Hayati setiap apa yg dia cakap kalau awak nak senang lepas habis sekolah nanti .
10 . Yang terakhir sekali nie kalau awak tak nak buat pun takpe(ayat sedih je , hehe :P) , ingatlah kat sy nie . Doakan semoga sy berjaya di dunia dan akhirat . Manalah tau doa awak tu ada keberkatan memandangkan awak tak suka sebut perkara-perkara yg kotor .

Tu je pesanan dari sy , ringkas tp kalau awk ikut apa yg sy pesan , in shaa Allah urusan awak akan dipermudahkan . Semoga Allah permudahkan urusan awak , E .

BYE~

Wednesday, 9 April 2014

Dajjal al-Masih

Assalamualaikum wbt .

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam . Yang maha hidup dan tak pernah tidur . Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW , ahlul bait dan para sahabat RA .

Lama dah rasanya tak update blog nie . Sebenarnya aku sibuk kaji pasal syiah sampaikan takde masa nak update blog . Setelah lama aku kaji pasal syiah ,  akhirnya aku jumpa fakta yang sangat mengejutkan pasal sejarah syiah di Tanah Melayu tapi aku tak nak story pasal syiah kali nie . In shaa Allah , sekiranya Allah memberikan kesempatan kat aku untuk membongkar kan rahsia syiah nie , aku akan story kan kat korang .

Dajjal al-Masih.. kalau ada orang tanya kat kita pasal Dajjal , apa yang kita nak bagitau ? Aku tau sekarang orang memang ramai yang minat nak tau pasal tanda-tanda kiamat nie khususnya tentang Dajjal nie . So hari nie aku nak share pasal Dajjal al-Masih nie . Apa tujuan Dajjal muncul ke dunia nie ? kenapa Dajjal digelar sebagai al-Masih ? Siapa pengikut Dajjal ? Hari nie aku terangkan tentang persoalan-persoalan nie berdasarkan ilmu yang Allah kurniakan kepada aku , berkat usaha aku untuk mencari hakikat Dajjal . Ehhh jap , perlu ke kita tahu pasal Dajjal ? Apa kata kalau kita tunggu je kedatangan dia . Hmmm , kalau takde keperluan untuk kita tahu pasal Dajjal , buat apa para Nabi termasuklah Rasulullah SAW bagitau tentang Dajjal ? Mesti ada faedahnya untuk kita tahu .

Okay , bismillahirahmanirahim..

Pada zaman Nabi Sulaiman AS , kerajaan baginda telah menguasai dunia dan pusat kerajaan baginda ialah Jerusalem . Umat baginda yakni bani Israel , telah mengalami zaman keemasan pada waktu itu . Mereka hidup dengan aman damai dan kemewahan melimpah ruah ke atas mereka . Malangnya , bani Israel telah mengingkari Nabi Sulaiman . Biasalah , orang Israel memang terkenal dengan kedegilan dieorang . Setelah kewafatan Nabi Sulaiman , Raja Nebukadnezar telah menawan Jerusalem . Orang-orang Israel telah dijadikan hamba dan mereka hidup dalam keadaan serba kekurangan . Mereka telah mengalami zaman kegelapan . Orang-orang Israel meratap di tepi Sungai Nil , mengenangkan kesilapan dan nasib malang yang menimpa mereka . Di saat mereka sedang meratap , datanglah seorang nabi membawa berita gembira kepada mereka . Nabi tersebut ialah Nabi Daniel AS . Nabi Daniel memberitahu mereka bahawa akan datang seorang al-Masih yang akan membela nasib mereka dan mengembalikan zaman kegemilangan Bani Israel . Menurut pandangan Sheikh Imran Hosein , al-Masih mempunyai 4 misi utama iaitu :-

1. Membawa orang-orang Israel kembali ke Jerusalem .
2. Membina negara Israel .
3. Mengembalikan zaman kegemilangan Nabi Sulaiman .
4. Memastikan negara Israel menguasai dunia .

Al-Masih yang dimaksudkan Nabi Daniel ialah Isa al-Masih yakni Nabi Isa AS . Apabila Nabi Isa AS dilahirkan oleh Maryam , orang-orang Israel menolak ajaran yang dibawa oleh baginda dan mereka tidak mahu mengakui Nabi Isa sebagai al-Masih . Antara faktornya ialah kerana Nabi Isa tidak mempunyai ayah , mereka menuduh Maryam telah berzina dan lahirlah Nabi Isa . Takkan lah anak luar nikah boleh diangkat menjadi al-Masih , itu sesuatu yang mustahil kata orang-orang Israel yang sombong . Keyakinan orang-orang Israel bahawa Nabi Isa bukan al-Masih yang dijanjikan bertambah kuat apabila mereka melihat ''Nabi Isa'' disalib . Sebenarnya yang disalib tu bukan Nabi Isa tapi seorang anak murid Nabi Isa yang telah disamakan seperti Nabi Isa oleh Allah SWT . Bahkan Nabi Isa telah diselamatkan oleh Allah dan Allah telah mengangkat Nabi Isa ke langit dan Nabi Isa akan diturunkan ke bumi untuk membunuh Dajjal .

Okay aku harap korang faham cerita kat atas sebab aku nak kaitkan cerita tu dengan kedatangan Dajjal al-Masih . Seperti yang kita tahu , orang-orang Israel yakin bahawa Nabi Isa bukan al-Masih yang dijanjikan . Maknanya al-Masih yang dijanjikan masih belum didatangkan kepada mereka . Sebab tulah orang-orang Israel sekarang masih lagi menanti al-Masih yang dijanjikan . Dajjal ialah fitnah terbesar dunia . Ya , Dajjal akan datang dengan membawa fitnah yang paling besar kepada umat manusia . Dajjal akan menyamar sebagai al-Masih dan dia akan menipu orang-orang Israel . Orang-orang Israel akan percaya bahawa Dajjal ialah al-Masih yang sebenar kerana Dajjal akan menjalankan misi utama al-Masih . Ingat lagi tak 4 misi utama al-Masih yang aku bagitau tadi ? Haaaa , so tujuan Dajjal datang ke dunia ialah untuk menipu manusia dengan mengatakan bahawa dia ialah al-Masih bahkan dia jugak turut mengaku sebagai tuhan .

Untuk pengetahuan korang , daripada 4 misi al-Masih , 3 misi telah berjaya dijalankan . Cuba kita tengok apa yang berlaku kat Palestin sekarang... , orang-orang Israel telah berjaya menguasai tanah suci Palestin , membina negara haram Israel dan mereka sekarang berada di puncak kegemilangan . Betul tak ? Cumanya yang mereka masih belum realisasikan ialah misi ke-4 iaitu menguasai dunia . Persoalannya , siapa sebenarnya yang menjadi dalang dalam menjayakan 3 misi utama tu ? Siapa lagi kalau bukan Dajjal . Tapi macam mana Dajjal berjaya jalankan 3 misi tu ? Adakah Dajjal sudah muncul ? Sebelum tu aku nak tanya , korang pernah baca hadis pasal Tamim ad-Dari jumpa Dajjal kat sebuah pulau tak ? Hmm , aku harap korang pernah baca sebab tu hadis sahih riwayat Imam Muslim . Takpe , aku story sikit pasal hadis tu..

Rasulullah telah bercerita kepada para jemaah setelah selesai solat di masjid . Rasulullah SAW menceritakan bahawa seorang muallaf yakni Tamim ad-Dari bersama rakan-rakannya telah berlayar di laut . Beliau telah dibadai ombak selama sebulan di tengah laut . Akhrinya kapal beliau terdampar di sebuah pulau . Di pulau itu , beliau dan rakan-rakannya telah menjumpai seekor makhluk yang belum pernah dilihat sebelum ini . Makhluk itu berbulu lebat , sangat lebat sehinggakan Tamim ad-Dari tidak dapat mengenal pasti yang mana satu ekor dan kepala makhluk tersebut . Kemudian berlaku lah dialog antara Tamim ad-Dari dan makhluk itu .
Tamim : Siapakah kamu ?
Makhluk : Aku ialah al-Jassasah .
Tamim : Apakah itu al-Jassasah ?
Tanpa menghiraukan pertanyaan Tamim ad-Dari , al-Jassasah berkata bahawa terdapat seorang pemuda yang ingin bertemu dengan Tamim ad-Dari di sebuah biara yang terdapat di pulau itu .

Berlalulah Tamim ad-Dari bersama rakan-rakannya dan menuju ke tempat yang telah ditunjukkan oleh al-Jassasah . Setelah sampai di biara itu , mereka melihat seorang pemuda yang berbadan tegap dan berambut kerinting dengan tangan yang diikat di leher dan kakinya yang dirantai .

Tamim : Siapakah kamu ini ?
Pemuda : Kamu telah melihat keadaan aku , siapa pula kamu ini ?
Tamim menceritakan bagaimana beliau dibadai ombak sehinggalah terdampar di pulau itu dan bertemu dengan al-Jassasah yang menyuruhnya bertemu dengan pemuda itu .
Pemuda : Bagaimana keadaan pokok kurma di Baisan ? Adakah masih berbuah ?
Tamim : Ya , pokok kurma di Baisan masih banyak buahnya .
Pemuda : Pokok itu tidak akan berbuah tak lama lagi . Bagaimana pula dengan Tasik Tabarah ? Adakah airnya masih banyak ?
Tamim : Ya , airnya masih banyak .
Pemuda : Sesungguhnya tak lama lagi airnya akan kering . Bagaimana pula dengan Nabi al-amin yang diutuskan ? Apa yang dia buat ? Apakah dia diperangi ?
Tamim : Dia telah berhijrah ke Madinah . Ya , orang-orang Arab memeranginya .
Pemuda : Apa pula tindakan dia ke atas orang yang memeranginya ?
Tamim : Dia telah berjaya menewaskan orang-orang yang memeranginya dan hampir semua orang Arab mengikutinya .
Pemuda : Beruntunglah bagi sesiapa yang mengikutinya . Sekarang aku akan menerangkan kepada kamu tentang siapakah aku . Aku ialah Dajjal al-Masih . Tak lama lagi aku akan diizinkan keluar . Aku  akan masuk ke setiap bandar selama 40 hari kecuali Mekah dan Madinah . Kedua-dua kota ini diharamkan kepada ku . Aku dihalang oleh malaikat dengan pedang yang terhunus .

Sheikh Imran berpendapat bahawa pulau yang menempatkan Dajjal al-Masih pada ketika itu ialah Britain . Britain pada masa dahulu ialah sebuah empayar yang kuat bahkan lebih kuat daripada US . Britain juga lah yang bertanggungjawab membawa orang-orang yahudi ke Palestin dan Britain juga lah yang bertanggungjawab mendirikan semula negara Israel . Takkan Britain mampu melakukan semua ini tanpa bantuan Dajjal sedangkan apa yang dilakukan oleh Britain itu ialah 2 misi utama al-Masih . Sudah semestinya di belakang Britain itu , berdiri seorang perancang yang hebat yakni Dajjal . Kini , US telah mengambil alih peranan Britain dalam menyokong pembentukan negara Israel dan penempatan orang-orang yahudi di Palestin . Dengan sokongan US , Israel sekarang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam pelbagai bidang . Pendek kata , Israel telah mencapai zaman kegemilangan . Sheikh Imran berpendapat bahawa Dajjal telah berpindah ke US dan dia lah yang mengatur rancangan pengukuhan negara Israel melalui US . Di belakang pemerintahan US , berdirinya Dajjal al-Masih . Sebab tulah US terlalu rapat dengan Israel , dulu Britain , sekarang US pulak . Persoalannya , macam mana pemimpin Britain dulu dan pemimpin US sekarang mampu melaksanakan rancangan Dajjal nie ? Adakah mereka mampu berhubung dengan Dajjal ? Ya , mereka berhubung dengan Dajjal melalui pertubuhan Freemason . Freemason ditubuhkan bertujuan untuk menyambut kedatangan Dajjal yang ditunggu-tunggukan oleh orang yahudi kerana mereka menyangkan bahawa Dajjal ialah al-Masih yang dijanjikan .

Persoalan terakhir , siapakah pengikut Dajjal ? Sudah semestinya orang-orang Israel akan menjadi pengikut Dajjal , Dajjal ialah al-Masih yang mereka nantikan . Selain itu , sesiapa yang tidak begitu beriman kepada Allah dan Rasul , juga akan menjadi pengikut Dajjal . Di Arab Saudi , terdapat sebuah bukit yang bernama Jabal Habsyi . Rasulullah telah bersabda bahawa Dajjal akan mendaki bukit itu dan dari bukit itu , Dajjal boleh nampak Masjid Nabawi . Dajjal akan berkata , lihatlah masijid putih itu , itulah Masjid Ahmad . Untuk pengetahuan korang , kat Jabal Habsyi tu telah dibina sebuah istana yang khas untuk Dajjal(Dajjal Palace) . Tak payah terkejut sangat la , ingat kerajaan Arab Saudi tu baik sangat ke ? Arab Saudi la antara negara yang menantikan kedatangan Dajjal al-Masih . So apabila berlaku gempa bumi di Madinah , maka keluarlah orang-orang yang munafik dari Madinah untuk menyertai tentera Dajjal , dieorang akan pergi kepada Dajjal yang menunggu mereka di Dajjal Palace nie . Pada akhir zaman , akan berlaku 3 kali gempa di Madinah . Sejak Rasulullah SAW wafat , telah berlaku 2 kali gempa . Korang fikirlah sendiri betapa dekatnya kiamat dengan kita sekarang . Itu saja dari aku , segala yang baik itu datang dari Allah dan ilmu yang aku share nie pun datang dari Allah melalui para Nabi , ulamak , sheikh-sheikh serta ustaz-ustaz . Aku hanya mengutip ilmu daripada mereka saja . Semoga mereka dicucuri rahmat Allah swt .


Inilah Jabal Habsyi . Bila tengok gambar dari satelit nie , nampak macam mata kan ? 


 Nie pulak logo polis Arab Saudi . Tak taulah kalau korang tak nampak lagi ...


Jeng jeng jeng .. kenal tak sape yang belah kiri tu ? Orang yang bertanggunjawab ke atas kematian berjuta umat islam di seluruh dunia . Bush laknatullah . Ehhhh , sape pulak pak arab yang duk berpimpin tangan ngan setan tu ? Itulah die Raja Arab Saudi , King Abdullah . Nie bukan gambar super impose yer , kalau tak caye , korang boleh search sendiri kat youtube .

WALLAHUALAM .

Monday, 17 March 2014

Akhir zaman

Assalamualaikum wbt .

Takut , cuak , gementar , bedebar dan semua yang berkaitan dengannya . Itulah yang aku rasa sekarang . Mesti korang fikir aku cuak sebab result SPM nak keluar tak lama lagi , kan ? Ade la cuak sikit tapi yang lebih aku takut daripada tu ialah tanda-tanda kiamat kecik telah pun lengkap dan kalau korang nak tau , tanda-tanda besar kiamat telah pun berlaku .

Korang tahu tak antara salah satu daripada tanda-tanda besar kiamat telah pun berlaku ? Klik link nie untuk baca hadis Nabi Muhammad SAW tentang keruntuhan tembok yang dibina oleh Iskandar Zulkarnain .

Dah baca ? Kalau belum sila baca dulu .

Tahukah korang bahawa orang Israel sekarang nie bukan orang Yahudi yang tulen ? Mereka sebenarnya adalah yakjuj makjuj tetapi menganut agama Yahudi . Untuk penerangan lebih lanjut sila klik sini .

Maknanya yakjuj makjuj dah lama keluar . Bukti yang mengukuhkan lagi teori bahawa bangsa Israel sekarang nie yakjuj makjuj ialah Tasik Galilee/Sungai Tabarah di Palestin telah mula mengering , siapa lagi pihak yang bertanggungjawab menghabiskan air dalam tasik tersebut kalau bukan bangsa Israel sekarang ? Untuk pengetahuan korang yakjuj makjuj yakni bangsa Israel sekarang akan minum tasik ini sehingga kering dan Sheikh Imran Hosein menjangkakan bahawa tasik tersebut akan kering sepenuhnya kurang dari 50 tahun !

Korang tahu apa maknanya bila Tasik Galilee sudah kering sepenuhnya ? Klik sini untuk baca hadis tentang Tamim Ad-Dari yang bertemu dengan Dajjal di sebuah pulau sewaktu beliau terdampar di pulau tersebut . Jangan pandang remeh hadis nie sebab nie hadis sahih . Dajjal sendiri dah bagitahu bahawa dia akan dibebaskan apabila Tasik Galilee mengering dan dia akan menjelajah ke setiap bandar kecuali kota Mekah dan Madinah .

Aku nak sentuh bab hadis yang sebut pasal Tentera Panji Hitam dari Khurasan . Sebelum tu tengok dulu video nie .

Daripada Abu Hurairah RA , sabda Rasulullah SAW : 

'' Akan keluar dari wilayah Khurasan panji-panji hitam , dimana tidak ada sesuatu pun yang akan menghalanginya hingga dikibarkan di wilayah Iliya (Baitulmaqdis) '' (HR Tirmidzi)

Taliban lah mujahidin yang berada di Khurasan sekarang . Wilayah Khurasan meliputi Uzbekistan , Afghanistan , Tajikistan , Iran dan Turkmenistan . Sekarang korang dah tahu bahawa Taliban yang Amerika Syarikat tuduh sebagai pengganas nie sebenarnya ialah tentera Imam Mahdi . Amerika Syarikat menggunakan kuasa media untuk memburukkan imej Taliban sebab Amerika dah tahu yang Taliban nie tentera Imam Mahdi . Kita yang memang malas untuk kaji mende nie semua mengiyakan sahaja apa yang US bagitahu . Tanggung lah dosa siapa yang masih lagi mahu memfitnah tentera Imam Mahdi .

Okay , cuba korang tengok apa yang berlaku di wilayah Syam sekarang ? Wilayah Syam ialah medan berlakunya perang akhir zaman . Wilayah Syam nie meliputi Palestin , Syria , Jordan dan Lubnan . Memang tipulah kalau kita cakap negara-negara yang aku sebut tadi dalam keadaan aman sekarang nie . Syria dan Palestin , 2 buah negara yang paling sibuk dengan peperangan . Hari-hari kita dengar orang mati dibunuh di Palestin dan Syria . Adakah korang masih tak nampak lagi apa yang berlaku di Syria dan Palestin tu merupakan pra-perang akhir zaman ? Perang akhir zaman dah nak bermula !

Sekarang korang sedar tak ?

Yakjuj Makjuj dah muncul .

Tasik Galilee akan mengering sepenuhnya kurang dari 50 tahun .

Tentera Imam Mahdi sudah berada di Khurasan .

Wilayah Syam sedang bergolak .

Ini semua adalah tanda-tanda kiamat yang amat jelas bagi kita . Bangunlah wahai umat Islam . Kurangkan usaha kita dalam mengejar dunia . Kurangkan hiburan yang melalaikan . Banyakkan amalan dan amar makruf nahi mungkar . Amalkan apa yang Nabi Muhammad SAW berpesan kepada kita dalam menghadapi fitnah akhir zaman nie . Antaranya , baca 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah Al-Kahfi bagi menghadapi fitnah terbesar iaitu fitnah Dajjal . Fitnah Dajjal tu maknanya apa yang Dajjal akan pertotonkan untuk kita nanti hanyalah tipu semata-mata . Syurga Dajjal adalah neraka Allah dan neraka Dajjal adalah syurga Allah . Aku menyeru kepada korang semua saudara seakidah denganku supaya kembali berpegang kepada Al-Quran dan sunnah Nabi SAW . Bertaubatlah walaupun dosa kita seluas langit dan bumi kerana pintu taubat Allah itu lebih luas daripada langit dan bumi . Aku niepun bukannya baik sangat tapi alhamdulillah Allah memberikan aku kesedaran walaupun maksiat sedang bermaharajalela di mana-mana . Sebelum aku undurkan diri , korang hayatilah video yang membuatkan ramai orang kembali bersemangat untuk berjihad di jalan Allah . Klik sini untuk tengok video . Kalau ada salah dan silap , mohon tegur yer . Assalamualaikum .


Wednesday, 12 March 2014

Benar katamu Saidina Uthman

Assalamualaikum .

Kata-kata hikmah Saidina Uthman bin Affan R.A

1. Aku hairan melihat orang yg sudah tahu bahawa dia akan mati tetapi masih ketawa .

2. Aku hairan melihat orang yg sudah tahu bahawa dunia akan binasa tetapi masih mencintainya .

3. Aku hairan melihat orang yg sudah tahu bahawa setiap perkara berlaku menurut takdir tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu .

4. Aku hairan melihat orang yg sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan tetapi masih sibuk mengumpulkan harta .

5. Aku hairan melihat orang yg sudah kenal neraka tetapi masih melakukan dosa .

6. Aku hairan melihat orang yg sudah kenal Allah dengan yakin tetapi masih mengingati selainNya .

7. Aku hairan melihat orang yg sudah kenal syaitan sebagai musuhnya tetapi masih mematuhinya .


Cer korang hayati ayat no2 & no3 tu . Kita sekarang memang mencitai dunia seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya . Kita sanggup menggadaikan akhirat demi dunia , kan ? :/ Yang no3 tu pulak banyak yg terjadi kat orang melayu sekarang . Sanggup bunuh diri sebab putus cinta . Sanggup bersedih sepanjang hari sbb tak dapat result bagus . Bak kat Ustaz Azhar Idrus , kalau kita fail exam JPJ , balik rumah nanti makan mee , rasa mee ke rasa skru ? Still rasa mee kan ? Buat apa kita nak bersedih kalau kita gagal kat dunia ? Dunia bukan selama-lamanya untuk kita . Lagipun setiap perkara yg berlaku tu memang yg terbaik untuk kita even tu adalah suatu kegagalan . Okay aku bg 1 contoh , kita berdoa kepada Allah semoga kita dapat sesuatu kejayaan nie tp Allah tak makbulkan . Kita pun kecewa padahal Allah tak nak bg kejayaan tu sbb bila kita dapat kejayaan tu , kita akan riak , takbur dan melupakan Allah mungkin . Better kita gagal tetapi kita jadi seorang yg taat perintah Allah dan jd seorang yg sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah :)

Jangan bersedih , sesungguhnya Allah bersama kita :")

Tuesday, 11 March 2014

Jom taubat ! :'/

Assalamualaikum wbt .

'' Berdoalah kepadaKu , nescaya Aku akan kabulkan '' -surah Al Ghafir : 60

Kepada rakyat Malaysia yg beragama Islam , jangan berputus asa berdoa kepada Allah supaya Allah memudahkan urusan mencari pesawat MH370 . Kes nie sangat misteri , kita tak boleh berharap pada teknologi je . Ehh , sepatutnya hanya pada Allah kita berharap , teknologi nie cuma usaha je . Okay , aku taknak bercerita pasal MH370 nie sbb kalau nak bercerita pasal nie memang terjelir orang nak baca . Banyak sangat spekulasi tp aku yakin 90% yg kes nie sebenarnya konspirasi Amerika Syarikat . Percaya tak ? Tak percaya sudah tp aku ada bukti yg kukuh untuk cakap macam tu . Pape pun kita tunggu jelah solution yg telah disusun oleh Amerika secara sistematik nanti . Amerika takkan biarkan plan die kantoi dan die akan bagi solution supaya orang anggap Amerika Syarikat sebagai wira . Wait and see .

Sebenarnya hari nie aku nak ajak korang semua berfikir tentang apa yang kita dah buat sepanjang hidup kita . Adakah kita sudah melakukan yang terbaik untuk bekalan di akhirat kelak ? Adakah kita sudah membalas jasa Allah yg memberikan kita kehidupan ? Okay , sekarang jom fikir . Ketepikan dulu masalah-masalah yg kita lalui sekarang . Tak kisah lah siapa pun kita , yg pasti terlalu banyak nikmat yg Allah kurniakan kepada kita , betul tak ?

Pernah tak dalam sehari tu korang tak mampu bernafas ? Pernah tak dalam sehari tu korang langsung takde pakaian untuk dipakai ? Pernah tak dalam sehari tu korang langsung tak makan dan tak minum ? Pernah tak dalam sehari tu korang tak mampu melihat ? Pernah tak dalam sehari tu korang tak mampu bangun ? Pernah tak dalam sehari tu korang tak mampu mendengar ? Pernah tak dalam sehari tu korang tak mampu buang air besar/kecik ? Pernah tak dalam sehari tu korang takde tempat untuk berlindung dari panas dan hujan ? Pernah tak dalam sehari tu korang tak mampu untuk berfikir ? Aku boleh jamin yg korang tak pernah pun ada masalah macam tu , kan ? Tapi pernah tak dalam sehari kita tak buat dosa kepada Allah ? Rasanya tak pernah pun kan ? Hari-hari kita buat dosa . Kadang-kadang tu bangun tidur pun dah buat dosa . Dosa apa ? Dosa tak solat Subuh . Masih ramai lagi yg meninggalkan solat . Allah bagi kita kehidupan , 18 tahun , 19 tahun , 20 tahun , 30 tahun , 40 tahun , 50 tahun and so on . Punyer lah lama Allah bagi kita kehidupan dengan bermacam kenikmatan tapi Allah hanya suruh kita solat 5 waktu je sehari . Tak kesah lah kita dah dapat bermacam nikmat pun , atau kita dah hidup berpuluh-puluh tahun pun , solat tetap 5 waktu . Ade Allah suruh tambah waktu solat sesuai dengan umur kita ? 50 tahun hidup = 50 waktu sehari . Ade ???? Takde pun kan ? Dah tu bakpe payah sangat nak solat ?

Bangunlah wahai umat Islam dari lena yg panjang . Kita dah jauh lalai . Kita lalai dalam buaian yg dihenjut oleh syaitan Freemason dan konco-konconya tanpa kita sedari . Kita lalai daripada mengingati akhirat sbb kita sibuk mengejar dunia yg penuh dgn tipu daya nie . Kan ? Sedar tak yg kita sedang mengejar dunia melebihi akhirat ? Kadang-kadang tu kita sanggup menggadaikan akhirat demi dunia , Ya Allah :'(  Seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya . Kita sanggup solat lewat demi nak tengok bola . Kita sanggup menipu demi kepentingan diri . Kita sanggup makan rasuah demi kekayaan hidup . Kita sanggup lawan hukum Allah demi pangkat , harta dan kesenangan . Kita sanggup tinggalkan sunnah Nabi supaya orang tak kata kita kuno . Kita sanggup jadi tali barut syaitan besar (USA) demi kepentingan negara . Agama kita letak kat bawah , kesenangan dunia kita letak atas . Nie ke balasan kita kepada Allah setelah Allah bagi kita kehidupan yg panjang ? Korang fikir lah dalam-dalam ape yg aku bagitahu nie .

Kita semua sama , manusia yg hina . Berasal dari air mani yg keluar dari saluran najis ayah dan ibu kita . Itulah kita , hina kan ? Kalau kita tengah makan , tetibe ade orang bawak air mani semangkuk then letak tepi pinggan kita . Apa kita rasa ? Mesti kita rasa jijik kan ? Heyy ! Itulah kita , tahu pon jijik . So Allah memang tahu yg kita nie insan yg lemah sbb Allah yg cipta kita , mestilah Dia tahu kelemahan kita . Ibarat orang yg mencipta kereta , mestilah die tahu apa kelemahan kereta ciptaan die tu , kan ? Even kita hina dan kita hidup dengan dosa yg bergelumang sejak kita baligh , kita tetap ada peluang untuk delete semua dosa kita . Kita tengok contoh Saidina Umar al Khattab . Beliau pada mulanya sangat bencikan Nabi Muhammad SAW sehinggakan beliau sanggup nak bunuh Nabi bahkan beliau pernah tanam anak perempuannya hidup-hidup . Tapi siapa sangka , beliau yg terkenal dengan kebencian kepada Nabi SAW akhirnya memeluk Islam dan Nabi SAW pernah bersabda bahawa sekiranya ada nabi selepasku , nescaya Umar lah orangnya . Subhanallah , hidayah Allah kepada hambaNya boleh mengubah hambaNya dalam sekelip mata . Masalahnya sekarang macam mane nak dapatkan hidayah Allah ?

First sekali kita mestilah bertaubat kepada Allah SWT . Allah tak kesah pun dengan dosa kita yg seluas langit dan bumi sbb pintu taubat Allah lebih luas daripada itu . Jangan malas untuk bertaubat sbb tu je jaminan kita yg hina nie untuk berubah menjadi seorang yg mulia di sisi Allah . Selepas kita bertaubat , kita kena istiqomah la . Tak perlu lah nak malu kepada orang lain . Mesti akan ada kawan-kawan kita yg support dan yg tak suka dgn perubahan kita . Pedulikan mereka , kata-kata manusia dusta je belaka . Yakinlah dengan ayat-ayat Allah . Allah suka sangat-sangat dengan hambaNya yg bertaubat bahkan Allah merindui rintihan kita kepadaNya sbb Allah Maha Pemurah , Maha Mengasihani , Maha Penyayang dan Maha Pengampun :"")

Friday, 14 February 2014

Cara pemakaian menurut Islam

Assalamualaikum w.b.t .

Happy Valentine Day ! Tengkorak hang .

Valentine Day nie hari memperingati kekasih , kan ? So hari nie jelah baru nak ingat kat kekasih ? Ke guane haaa ? Kalau aku , hari-hari aku ingat kat kekasih aku dan aku tak pernah lupa untuk mendoakan kebahagiaanya di dunia dan akhirat . Bukan tunggu 14 Februari je baru nak ingat . Pape pun , hukumnya haram kita menyambut Valentine Day sebab ada agenda lain mengapa 14 Februari disambut . Salah satunya ialah kerana tentera Islam di Sepanyol telah ditewaskan oleh tentera Kristian pada tarikh tersebut .

Okay , hari nie aku nak share sikit tentang cara pemakaian mengikut Islam . Apa yang aku share nie hanyalah sekelumit dari ilmu-ilmu Allah , kalau korang nak tahu lebih lanjut , silalah bertanya kepada ustaz ke , ustazah ke atau siapa-siapa yang lebih alim dalam bab nie . Aku hanya share aje yer =)

Kita mulakan dengan perempuan sebab Rasulullah S.A.W sentiasa dahulukan wanita . Ladies first =D Seperti yang kita tahu , pemakaian bagi wanita nie agak ketat mengikut Islam . Korang jangan bersungut pulak . '' Kenapa Allah nak seksa perempuan ? '' . Haish , jangan cakap macam tu . Bukan seksa tapi sebab korang tu amat bernilai . Sebab tulah kene jage molek-molek . Macam barang bernilai la , mesti kita akan jaga elok-elok kan ? Begitu juga dengan korang .

1. Kita mula dari atas . Tudung korang mestilah menampakkan muka sahaja . Berlaku khilaf di kalangan ulamak tentang maksud muka . Adakah bawah dagu dikira sebagai muka ? Bila jadi khilaf , maknanya banyak pendapat yang dikeluarkan hasil usaha para ulamak untuk mencari jawapannya tapi kita pilih pendapat yang paling kukuh , means that jumhur ulamak bersetuju dengan pendapat nie . Pendapat yang paling kukuh ialah muka bermaksud apa yang kita nampak bila kita pandang muka seseorang . So secara logiknya , kita memang takkan nampak bawah dagu bila pandang muka seseorang , kan ? Jadi jumhur ulamak menyatakan bahawa bawah dagu ialah aurat . Jelas kan ? Siap bagi sebab lagi tu , thanks to UAI .

2. Melabuhkan tudung hingga menutupi dada . Ini sangat penting wahai saudari-saudariku . Kalau bentuk dada korang kelihatan , korang tetap berdosa even pakai tudung . Sekarang banyak fesyen tudung yang menampakkan dada . Nie semua agenda Yahudi untuk sesatkan orang Islam . Alaaaa , asal pakai tudung kira okay la tu . Haish , tudung nie functionnya bukan setakat untuk tutup rambut je , dada pun sama . Itulah function pakai tudung . Kalau tak nak pakai macam tu , tanggunglah dosa dan tanggunglah dosa orang yang mengusha .

3. Menutup hingga pergelangan tangan . Nie ramai yang dah tau kot . Lengan korang tu aurat tau . Jangan gatal nak pakai baju lengan pendek , pastu pakai stoking tangan tu . Eh ? Stoking tangan tu bukan ke dah tutup lengan kita ke ? Yer , memang stoking lengan tutup lengan tapi tidak menutup aurat korang . Sebabnya , bentuk lengan korang still kelihatan , betul tak ? Melainkan stoking lengan tu longgar . Tapi ade ke stoking lengan yang longgar ? Kalau ada , boleh la pakai .

4. Tidak boleh memakai wangi-wangian sehingga menarik perhatian lelaki asing (ajnabi ) . Cukuplah sekadar wangian itu menutup bau busuk korang . Korang kan busuk , haha . Yelah , aku pernah terbau woo . Hapok kohong , haha . So wangian nie sebenarnya perlu tapi sekadar untuk neutralkan bau korang .

5. Last sekali bagi perempuan , menutup kaki dengan cara memakai stoking . Jangan salah faham . Bukan wajib pakai stoking tapi wajib tutup kaki cagu korang tu . Pakai stoking tu cadangan aje . Tak tahulah kalau korang ade cara lain , balut ngan kain ke , haha .


Kita beralih kepada lelaki pulak . Jangan ingat lelaki susah nak dapat dosa melalui pemakaian nie . Tapi syarat-syarat pakaian lelaki menurut Islam takde lah seketat perempuan . Even syaratnya longgar , kita tetap kena tahu tentang syarat-syarat yang digariskan oleh ulamak .

1. Tak perlulah nak start dari atas , kita bukannya pakai tudung pon . Cumanya sunat orang lelaki menutup kepala . Tak kisahlah kopiah ke , songkok ke , serban ke . In shaa Allah dapat pahala .Tapi Rasulullah S.A.W suka pakai serban . Lebih elok kita ikut Rasulullah S.A.W .

2. Tidak diperbuat daripada sutera . Pakaian kita mestilah tidak diperbuat daripada sutera sebab sutera hanya khas untuk perempuan dan ahli syurga sahaja . Kalau nak merasa pakai sutera , masuk la syurga .

3. Tidak boleh memakai gelang dan rantai . Kenapa ? Sebab ia menyerupai perempuan . Rasulullah S.A.W bersabda '' Allah melaknat lelaki yang bergaya seperti perempuan , dan perempuan yang bergaya seperti lelaki '' - Riwayat al-Bukhari - Ramai lelaki sekarang yang pakai gelang dan rantai . Ada yang cakap gelang tu mampu memberikan lebih power kepada badan la , tu macam dah masuk bab syirik tu . Melainkan kalau memang doktor atau pakar mengesahkannya . Haaa , Najib pon pakai rantai . Ape la , hang tu dah la pemimpin , ish-3 .

Okay , bagi lelaki tu antara perkara penting yang korang kena jaga . Aurat semua tahu kan dari mana ke mana ? Ke ada jugak yang tak tahu . Takpelah , aku bagitahu jugak . Aurat lelaki ialah bahagian antara pusat dan lutut . Aurat perempuan pulak semua anggota badan melainkan muka dan tapak tangan . Tu jelah serba sedikit yang dapat aku share . Kalau ada salah dan silap , mohon tegur yer =) Kalau nak lebih detail atau nak tahu tentang khilaf-khilaf yang berkaitan dengan pakaian nie , sila rujuk orang yang betul-betul pakar dalam bab nie . Ana tak pakar , sharing ilmu orang aje ^^''

Islam tak larang berfesyen tapi Islam larang membuka aurat kepada yang bukan berhak =D
Wallahualam .

Peace Yaw ! XD

Wednesday, 12 February 2014

Bercinta , hukumnya ?

Assalamualaikum dan Salam 1 Timor Leste .

Perkara yang kompleks seperti cinta jangan dipendam dalam hati sebab ia akan merosakkan jiwa kita . Ayat tu aku rembat daripada citer Spiderman-2 . Betul jugak kalau kita teliti ayat tu . Tapi ade jugak tak betulnya . Lantak lah tapi ada suatu kisah mase zaman Nabi S.A.W dulu... Sorang lelaki nie , die minat kat sorang perempuan nie . Die pon bagitahu la kat Nabi then Nabi cakap " berterus terang saja kepada wanita itu " . Lebih kurang macam tulah kisahnya . Aku tahu nie pon dari ceramah UAI .

Baru-baru nie aku ade bincang dengan Cik Busuk pasal hubungan cinta nie . Die rase serbasalah bila die tengok video ustazah tuuut.... malas nak mention . Tambah pulak kawan-kawan die mempersoalkan pasal mende nie . Aku faham perasaan die dan secara jujurnya aku dah jangka semua nie akan berlaku . Saya tak salahkan awak pun ^^" Aku bukan nak berlagak bagitahu yang aku ada banyak pengetahuan pasal mende nie tapi memang aku dah dengar macam-macam pendapat pasal bercinta nie . Video ustazah tu pon aku dah tengok tahun lepas . Ada betulnye jugak apa yang ustazah cakap tu . Tapi yakin ke semua lelaki macam tu ? Tak payah jawab sebab aku tahu jawapannya tak . Ustazah tu cakap kalau kita bercinta sebelum nikah , syaitan akan jadikan itu modal untuk merosakkan rumah tangga yang kita akan bina nanti . Seriously aku still tak faham apa sebenarnya maksud ustazah tu . Kalau die cakap yang syaitan jadikan modal untuk bawak kita ke zina sebelum kita nikah tu betul la . So ustazah , mohon pencerahan yer .
Nampak macam aku tak puas hati jer kan ? Haha , takde lah . Okay , berdasarkan video ustazah tu , nak kata die haramkan bercinta , takpun . Die just bagi nasihat supaya berhenti bercinta supaya rumah tangga yang dibina nanti takkan musnah . Urmmm , boleh jamin ke kalau tak bercinta sebelum nikah , rumah tangga yang dibina akan bahagia ? Bagi aku , takde kaitan pun . Cer tengok mak ayah korang yang masih bersama lagi , adakah korang rase dieorang jumpa gitu-gitu dan terus kahwin ? I don't think so kalau based on citer mak aku zaman muda dulu . Setakat nie takde pulak mak ayah aku curang ke , usha orang laen ke . Hmmm . Okay , sekarang kita beralih kepada pendapat big boss , Ustaz Azhar Idrus . Actually banyak lagi pendapat tapi aku amek pendapat 2 orang ilmuan nie je . Ada 2 video UAI yang jelas menyatakan bahawa bercinta tidak haram . Berdasarkan pendapat UAI , bercinta ada 2 jenis :

1. Bercinta dan berkapel .
Untuk pengetahuan korang , bercinta dan berkapel memang tak sama . Berkapel nie maksudnya berdua-duaan . Tapi dalam konteks cinta-kapel nie , berkapel bermaksud dating sokmo , tengok wayang berdua , gi jalan-jalan berdua , naek moto berdua dan lain-lain lah . Korang sendiri tahu macam mana perangai orang yang berkapel kan . Cinta yang jenis kapel nie memang jelas haram berdasarkan dalil " jangan menghampiri zina " . UAI dengan tegas haramkan perkara nie .

2 . Bercinta tapi tak berkapel .
Ada ke macam tu ? Ada . Contoh yang UAI bagi , orang yang dah bertunang , sorang duk kat Kuantan , sorang lagi duk kat Kuala Terengganu . Dieorang nie saling mencintai tapi tak dating bagai . Just texting " I love you " kat pasangan . Maknenye dieorang just contact je , tak sampai tahap berdating . Memang UAI punye contoh ea , bukan aku reka . Cinta yang macam nie tak haram bagi sesetengah pendapat ulama' termasuk UAI . Kalau nak kata haram , cuba bagi sebab dan kalau boleh dalilnya sekali .


Aku setuju dengan pendapat UAI . Yang bercinta plus berkapel tu memang boleh menjerumuskan kita kepada zina tapi bercinta tanpa kapel , nak berjumpa pon tak boleh , apetah lagi berzina . Dah macam mana pulak dengan pendapat ustazah tu ? Ustazah tak kata haram tapi die bagitahu kemungkinan buruk yang akan berlaku sekiranya kita bercinta sebelum nikah . Ada betulnya jugak tapi kita tak dapat nafikan yang semua orang tak sama dan bukan semua lelaki mata keranjang -,- So ustazah just bagi nasihat dan bukannya bercakap soal hukumnya . Kepada awak yang saya sayangi :) , saya harap awak jelas dengan penerangan saya nie . Bab nie memang ulama' berselisih pendapat . Bagi aku , aku pegang pendapat UAI tu . Ohh , sebenarnya banyak lagi perkara penting yang kita perlu bagi penekanan berbanding soal cinta nie . Cakap lebat pasal cinta tapi aurat dibukak , apehal ? Cinta nie perkara yang khilaf je tapi bukak aurat depan bukan mahram itu jelas-jelas haram . Solat pun lintang pukang . Wudhu , yakin ke wudhu kita sempurna ? What about mandi wajib ? Air yang digunakan tu boleh menyucikan ke even ia suci ? Perkara basic pon dah sangkut , nak cakap soal khilaf . Nak tunjukkan kepandaian sehingga terserlah kebodohan . Kepada kaum hawa , anda yakin dengan pakaian anda ? Sudahkah auratmu ditutup sepenuhnya ? Jaga aurat dan pakaian mu wahai saudari-saudariku . Sekiranya anda dirogol , jangan hanya salahkan perogol , salahkan jugak diri anda yang merangsang nafsu perogol . Jangan ingat hang ustazah ka , ustaz ka , mufti ka .. hang sudah perfect . Mohon perbaiki diri masing-masing :) Wallahualam .
                                                                    
                                             Bye ~

p/s : This is my first post on my new HTC Desire 601 . Aku target nak beli phone Lenovo je , tak sangka langsung dapat merasa guna HTC . Sesungguhnya rezeki Allah yang Maha Pemurah memang tak boleh diduga . Alhamdulillah :)

Posted via Blogaway